Thursday, 3 September 2015

Cara Menjahit Wallet, Purse & Wristlet Bersama Pola (PDF Pattern)

Assalamualaikum.

Hari ini saya nak kongsikan kepada anda tutorial mejahit purse & Wristlet.(Nanti saya akan bagi link di akhir entry ini)) Pattern beg ini direka oleh saya sendiri.Ilham ini datang sewaktu saya  menghadapi kesukaran untuk membawa  2 beg dalam waktu yg sama, (hand phone bag dan purse) sewaktu keluar.(Saya jenis yg tak suka bawa beg besar bila keluar).Maklumlah bawa 2 biji beg,kadang tercicir dan menyukarkan  saya utk bergerak.

Saya terfikir,kenapa tidak saya reka satu beg iaitu gabungan hand phone bag dan purse!.Kan mudah.!.Di mana di dalam beg tersebut ,complete dengan slot2 yang kita perlukan.Dan beserta tali wristlet yang boleh ditanggalkan malah boleh juga dibuat tali sling kalau malas nak pegang..

Maka tercipta lah Hand Phone Purse & Wristlet

Hand phone purse & Wristlet
kain cotton owl  comel dan polkadot,Ramai yg suka owl ni.Salah satu yg menjadi favourite customer

Dengan ukuran beg 20cm x 11cm,boleh muat hand phone Lenovo A880 saya.I Phone 6 plus pun boleh.Maknanya dari sekecil2 hand phone hingga lah ke sebesar2 hand phone semua boleh masuk.
Ada 4 slot untuk kad( 1 slot boleh masuk 2-3 cards)
1 slot untuk duit
1 slot untuk hand phone
1 poket syiling di belakang
1 tali wristlet (boleh tanggal) atau kalau nak tukar2 dgn tali sling pun boleh.terpulang pada anda.
Pendek kata,memang complete


Poket syiling dibelakang.Senang saja kalau nak buat.Tak payah nak terbalikkan kain pun atau nak buat lubang bagai.Semua teknik mudah saya ssendiri (Syukur..Alhamdulillah ..Allah yang bagi idea)




Close up pic ;)


Ini contoh beberapa pcs yg customer order.



Ini lagi yg customer order yg ready untuk di pos.Alhamdulillah sambutan yang sangat menggalakkan saya dah jual lebih dr 400 pcs sejak dilancarkan beberapa bulan yg lalu.Sangat bagus kepada sesiapa yang nak memulakan  business hand made bag,boleh cuba belajar dan jahit purse ini,kerana ianya unik,tiada dijual   dikedai,customer boleh pilih kain yang diaorang suka dan anda juga boleh custom made ikut customer anda.Memang tak rugi kalau anda belajar menjahit purse ini..Saya pasti ia akan menjadi  produk anda  yg paling laris.Buktinya saya sendiri pernah alami,sampai x menang tangan layan whatsapp selepas buat sedikit promosi,itu pun hanya  dari sebahagian kecil pengguna internet..Belum keseluruhanya lagi,cuba anda bayangkan,kalau saya seorang memang tak sempat.Itu pun belum termasuk  customer yg order 2,3, pcs,10 pcs  malah ada yang nak order 50 pcs!!



Ini yang versi mini.Lupa saya nak inform,dalam tutorial berserta pola ini juga ada pola untuk versi mini.Idea versi mini ini timbul bila terdapat setengah customer yang suka saiz mini untuk hand phone yang lebih kecil.

Fabrik corak guitar

Cirinya lebih kurang sama cuma beza saiz dan juga kad slot.Yg lain semua sama.Kad slot untuk mini ada 2 slot saja,dalam keadaan tegak.Juga sesuai untuk adik-adik dan remaja atau boleh jadikan purse biasa sekiranya tanpa hand phone.
saiz mini : 16cm x 20 cm


poket zip belakang.

Sekiranya anda tidak pernah menjahit beg sebelum ini (dengan anggapan anda dah pandai menggunakan mesin jahit),saya cadangkan anda belajar buat beg yang paling simple dan basic.Anda cuba ini dulu.Anda boleh dapatkan free tutorial menjahit pencil box/make up case di blog shop saya..Klik link di bawah:




TESTIMONI


Ini pula customer yang beli tutorial saya ,Namanya Intan Suhana, dah pun berjaya membuat hand phone  purse sendiri.


Cantikk kan?? Kalau letak tali sling macam ni.  Semuanya bergantung kepada kreativiti anda sendiri






Jadi sekiranya anda berminat untuk mendapatkan tutorial ini  sila klik link di bawah:


ATAU 

Sekiranya anda tidak minat menjahit dan ingin membeli anda boleh lawat blog shop saya:



Monday, 31 August 2015

Testimoni PDF Tutorial Menjahit Wallet Dengan Teknik Mudah

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Beberapa bulan yang lepas ,untuk pertama kalinya saya menjual pattern long wallet dalam bentuk PDF.Alhamdulillah,mendapat sambutan yang sangat menggalakkan .Ada yang dah berjaya ,hasil dari tunjuk ajar  dari tutorial tersebut.Dan saya sangat bangga dengan hasil kerja mereka.Mari kita saksikan:

Testimoni  1






Testimoni 2





Bagi saya ,sebenarnya nak jahit beg ni bukannya susah sangat.Rasanya jahit baju lagi susah,ukuran kena tepat dan betul kalau tidak   tak boleh pakai.Jahit beg,kalau ukuran tidak tepat pun,cuma saiz yg akan bertukar atau boleh saja  convert ke pattern lain..ha..ha..

Dari pengalaman saya,untuk mendapat  hasil yang baik dan menyenangkan kerja,kita perlu tahu teknik yang betul.Kalau teknik betul,inshaAllah senang sahaja.Di dalam tutorial saya,saya aplikasikan teknik yang paling mudah ,selepas melakukan berpuluh2 try and error.

Dan lagi satu,apa yang saya perasan ,orang selalu tanya saya , perlu kena pakai kain tebal yg macammana ?dan mesin jahit yg special ke?
Sebenarnya JAWAPANNYA ..pakai kain cotton biasa je...yg buat baju kurung tu dan mesin jahit yang biasa2 pun boleh.

Sekiranya anda berminat untuk melhat Tutorial PDF yang saya ada  (Klik kategori PDF Pattern) dan melihat  hasil kerja saya atau mencuci mata sila  klik di bawah:







Sunday, 15 March 2015

Tutorial Menjahit Wallet & Pola



Anda ingin menjahit wallet??.Tetapi tidak tahu caranya.Jangan risau...kerana saya ada penyelesaiannya.Baca sampai habiss!!

Sebenarnya banyak kelebihannya sekiranya anda mahir menjahit walllet.Antaranya ialah:

-Ianya adalah wallet hasil kerja anda,sudah tentu ianya sangat istimewa,unik dan anda tentu sangat bangga dengannya
-Apabila anda boleh jahit wallet sendiri,dari segi saiz,corak kain,pattern dan sebagainya adalah mengikut kehendak anda sendiri.
-Anda boleh buat seberapa banyak yang anda suka,tak perlu lagi beli..Dalam masa yang sama anda juga dapat berjimat.Sebenarnya kos membuat wallet tak sampai pun RM10 !!
-Anda boleh jadikan hadiah kepada kawan,guru anak anda,ibu,adik-beradik dsbnya.
-Anda boleh memulakan bisnes handmade anda,jual pada kawan-kawan dsbnya.Secara tak langsung dapat menambah pendapatan keluarga
-Sekiranya anda sudah mahir,anda boleh design wallet ciptaan anda sendiri

Saya sebenarnya sangat meminati  produk handmade.Kerana ianya sangat unik.Dan kemahiran menjahit beg tidak ada pada semua orang yang pandai menjahit.Orang yang pandai menjahit ,biasanya pandai menjahit langsir,baju atau tudung..Tapi jarang kita dengar orang yang pandai menjahit beg.Biasanya orang akan bertanya saya,seperti tidak percaya apabila  melihat wallet yang saya jahit sendiri.Sudah tentu dalam hati,kita berasa bangga sekali ;)



Sebenarnya  saya mula menjahit beg sejak 5 tahun yang lalu.Setelah jatuh cinta dengan handmade bag yang saya lihat di internet.Saya juga ingin mencari kelainan di dalam menjahit.Maka timbullah keinginan menjahit handmade bag.Saya mula google dan mula belajar menjahit  dari internet.Kebanyakan tutorial adalah di dalam bhs Inggeris ,susah juga nak faham..Dan saya juga mula membeli buku-buku dari oversea sebagai rujukan. Sejak itu,berbagai pengalaman,kesusahan dan frust yang saya alami..maklumlah belajar sendiri.Belum tahu teknik yang betul.Hingga kini barulah berjaya membuatnya dengan hasil jahitan yaing memuaskan.





Kini anda tak perlu bersusah payah lagi mencari tutorial yang lengkap,kerana saya dah compile semua sekali berdasarkan pengalaman saya.

Dapatkan tutorial wallet di CHIKRAFT HANDMADE SHOP.

Friday, 16 January 2015

Popular Posts